Monday, September 5, 2016

Dari Kedah Ke Dot Dot Dot

Edit Posted by with No comments
Sabtu 27-08-2016, Cik Darling bersama empat anak sedara
bertolak balik ke KL menaiki ETS jam 8.45 pagi dari Sungai Petani


Kenapa balik awal sangat?

Ha.. baca sampai habis ya
nanti tau lah ke mana kami nak pergi.. hehehehe

Kami selamat tiba di KL Sentral jam 12.55 tengahari
terus cari kedai makan sebab semua dah kelaparan



Lepas makan, kami ke kaunter KLIA Ekspress
naik ERL terus ke KLIA



Sampai di KLIA, kami menuju ke kaunter daftar masuk Malindo Air
pertama kali Cik Darling naik Malindo Air ni


Hey! Belum bagitau lagi nak ke mana ye

Okay.. okay.. nak bagitau la ni

Cik Darling sebenar nya nak ke Kuching Sarawak
nak hantar anak sedara Cik Darling; Mimi daftar diri kat UNIMAS
memandangkan mak mimi ni pergi haji [sini]
jadi, Cik Darling take over tugas mak dia kat sini
jaga dia dan adik dia; Syikin

Selesai urusan kami jam 3.30 petang macam tu
terus cari surau nak solat jamak
lepas tu lepak kejap rehat

Pukul 4.50 petang kami masuk
sepatutnya flight kami ke Sarawak jam 5.50 petang
tapi delayed ke jam 6 petang
jadi kami ada masa lagi untuk berlenggang kangkung kat dalam tu


Okay boarding! Lewat juga tau.. dalam 6.30 baru terbang


Selesa rupanya naik Malindo ni
seat dia luas.. selesa sangat
lepas tu ada monitor untuk menonton movie



Perjalanan dari KL ke Kuching mengambil masa 1 jam lebih
jadi, kami dihidangkan minuman ringan di atas flight


Alhamdulillah lebih kurang jam 8 malam kami selamat mendarat
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Sarawak



Panjang juga beratur nak melepasi Imigresen ni



Lepas ambil luggage kami terus menuju ke pintu keluar
di sana ada bas UNIMAS yang telah sedia menanti
untuk membawa pelajar-pelajar baru ni ke kolej
jika tiada lagi penginapan

Memandangkan Cik Darling dah tempah hotel sebelum pergi
jadi, kami ambil teksi terus balik ke hotel
Dormani Hotel namanya terletak di Jalan Datuk Ajibah Abol
gambar ehsan en.Google.. lupa nak snap gambar hotel


Tambang teksi dari airport ke hotel ialah RM43
naik teksi Inova.. sebab kami berlima tambah dengan beg lagi

Sampai je, letak beg.. mandi dan rehat sekejap
sebelum kami turun mencari makanan


Nak cari kedai makan tak susah
ada beberapa kedai makan di seberang jalan hotel
kami pilih Rimba Cafe 12
tengok orang ramai, mesti makanan dia sedap kan?

Alhamdulillah walaupun ramai, tapi tak lama pun tunggu order kami sampai
ni antara yang kami makan malam tu






Selesai makan, kami terus balik ke hotel
sambil kami lepak berbual menonton tv
sambil tu Mimi kemaskan beg baju yang nak di bawa ke UNIMAS esok nya

Tak tau jam berapa diaorang tido
sebab Cik Darling sedar-sedar je semua dah gelap gelita
zzzzzZZZZZZZZzzzzzzzzz.....



..to be continue









Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment